PENGENALAN



OBJEKTIF

              1) Menjelaskan pengertian tentang fitnah.
       2) Menjelaskan penyebab timbulnya fitnah.
       3) Mengenal pasti perbezaan pandangan setiap kaum terhadap fitnah
              4)  Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat
       5) Memberi cadangan bagi mengurangkan fitnah berleluasa di dalam masyarakat


Apakah itu FITNAH?

Fitnah dari segi bahasa dan istilah:
➥  Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur berkata Al-Azhari dan yang lain berkata “asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan.
  Fitnah dari segi istilah adalah “perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu”.

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti berfitnah.

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.





Kesan Bagi Fitnah

1)    Fitnah antara individu
-      ✌ Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan  antara sesuatu individu yang bertelagah.

2)    Fitnah antara keluarga
-     ✌  Menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.

3)    Fitnah antara masyarakat
-   ✌   Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.


Image result for fitnah di media sosial

Pengajaran dan Langkah Atasi Fitnah

      i.                  Kita hendaklah memeriksa dan kita mempelajari lagi jangan-jangan yang dituduhkan orang lain itu benar. Jika ternyata kita salah, jangan malu dan takut untuk mengaku kesalahan dan mengikuti kebenaran. Walaupun, cara orang yang menasihati kita kasar.

    ii.     Seterusnya, memperbaiki kata-kata atau tindakan kita yang menjadi penyebab orang memfitnah kita. Misalnya, bendahara masjid dituduh mencuri duit disebabkan tidak menghantar laporan kewangan. Maka, laporan hendaklah dibuat dengan tepat dan jelas.

   iii.                  Kita hendaklah merenung kesalahan dan dosa-dosa kita. Baik yang berhubungan dengan muamalah antara manusia, dosa-dosa antara kita dengan Allah. Tuduhan dan fitnah boleh dijadikan  teguran agar kita kembali dan bertaubat kepada Allah.

   iv.     Jika kita sabar dan ikhlas, semoga tuduhan dan fitnah ini dapat mengurangkan dan menghapuskan dosa, menambah pahala, dan meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.

    Doakanlah orang yang membuat fitnah agar Allah memberi petunjuk. Jika memungkinkan, nasihatilah dia secara langsung atau melalui sindiran agar dia sedar dan bertaubat. 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment