AGAMA BUDDHA
Buddha
mengatakan: “Para bhikkhu terdapat lima kerugian dan bahaya dalam ucapan salah:
pembicaraan yang silat lidah, mengeluarkan kata dusta, fitnah, berbicara kasar,
dan omong kosong, setelah meninggal dunia akan dilahirkan kembali di alam
kehidupan yang” menyedihkan (A.III.254).
Konsep
Samphappalapa
Samphappalapa
merupakan dasa akusala kammapata, bercakap kosong termasuk perbuatan jahat yang
dilakukan oleh ucapan, termasuk dusta, pergunjingan, berbicara kasar, dan bercakap
kosong (Dhammananda, 2004:230).
Samphappalapa
iaitu meningggalkan ucapan yang berniat jahat, menahan diri dari ucapan yang
berniat jahat mendengar dan diceritakan di tempat lain dengan tujuan
menimbulkan perpecahan atau mendengar di tempat lain tidak diceritakan disini
untuk tujuan menimbulkan perpecahan. Dengan meninggalkan ucapan yang tidak
bermanfaat, menjadi manusia yang menceritakan yang masuk akal dan sesuai dengan
kenyataan, baik, Dhamma, vinaya, dan berbicara pada saat yang tepat,
pembicaraan yang pantas dicatat, beralasan, pasti, dan berkaitan dengan
kebajikan (M.I.8; D.I.64 ).
Individu
berbicara sebagaimana bertindak, “Janganlah berbicara bila tidak
mempraktekkannya, orang bijaksana akan dapat dilihat dengan jelas. Mereka
mempraktikkannya dengan apa yang diucapkannya” (S.I.35).
Bercakap
kosong iaitu membicarakan ucapan yang tidak pada masanya, tidak beralasan, dan
tidak bermanfaat yang tidak ada hubungannya dengan dhamma dan vinaya yaitu
pembicaraan yang tidak berharga untuk disimpan, tidak menguntungkan, tidak
dianjurkan, tidak terkendali dan mencelakakan (Pontoh, 2006:44).
Mendengar
sesuatu tidak akan menyampaikan di
tempat lain untuk menimbulkan perpecahan, atau setelah mendengar sesuatu di
tempat lain, tidak akan menyampaikannya
di sini untuk menimbulkan perpecahan. Kerukunan merupakan kesenangan,
kegembiraan dan kebahagiaannya. Kerukunan adalah tujuan pembicaraannya
didengar, menyenangkan, menarik hati, sopan santun dan damai kepada manusia.
Individu yang berbicara pada saat yang tepat, sesuai dengan kenyataan, tentang
kebajikan, tentang Dhamma dan Vinaya. Ia mengucapkan kata-kata yang bernilai
(M.I.345).
Individu
harus mengembangkan sikap diri terhadap semua yang diucapkan, sehingga akan
mampu membezakan cara panyampaian yang mengganggu individu lain dan yang
membuat gembira. Dengan mawas diri, individu akan mampu menentukan nilai semua
pemikiran, kata-kata, dan perbuatan. Fikiran yang terkendali bererti kata-kata
terkendali dan perbuatan terkendali, sehingga menjadi individu yang luhur dan
damai (Dhammananda, 1993:194).
Perkataan
salah atau perkataan tidak bermanfaat iaitu perkataan atau ucapan yang menyakitkan
serta menyebabkan perpecahan dan perselisihan. Menghindari pembicaraan yang
tidak bermanfaat ertinya segala pembicaraan diucapkan haruslah dipikir terlebih
dahulu dan tidak melakukan pembicaraan yang tidak berguna. Samphappalapa
veramni sikkhapadam sammadiyamiini mengajarkan agar individu dapat bersikap
dewasa dan penuh perhatian (Tim penyusun, 2003:97).
➪ Fikiran merupakan
dasar dari segala perbuatan manusia. Fikiran baik akan membentuk perbuatan
baik. Fikiran buruk membentuk emosi-emosi negatif seperti iri hati, kedengkian,
iri hati, kemarahan dan dendam. Penderitaan manusia merupakan akibat dari
perbuatan buruk yang dilakkukan melalui pikiran, ucapan, dan badan jasmani.
Kemarahan, kesombongan, kekeraskepalaan, penipuan, kedengkian, suka bercakap besar,
egoisme yang berlebihan, bergaul yang tidak bermoral, adalah bau busuk bukan
kerana makan daging.
➪ Fikiran merupakan
kekuatan yang membentuk perilkau manusia. Fikiran baik akan membuahkan
kebahagiaan, fikiran yang tidak baik akan membuahkan penderitaan. sifat
mementingkan diri sendiri merupakan hasil daripada kekuatan fikiran yang tidak
baik dan membawa penderitaan.
➪ Fikiran jahat dapat
diatasi dengan kuasa positif iaitu mengembangkan fikiran luhur. Cinta kasih dan
belas kasih merupakan penghapusan kebencian. Melalui pembangunan kasih sayang,
belas kasih dan niat baik membuat fikiran jahat dapat diatasi. Fikiran yang
diliputi cinta kasih, kasih sayang, simpati, dan keseimbangan batin akan
membuahkan kebahagiaan. Kekayaan sami-sami adalah fikiran yang penuh cinta
kasih (metta), kasih sayang (karuna), simpati (mudita), dan keseimbangan batin
(upekkha)
➪ Fikiran yang muncul
tanpa didasari pangertian benar mengekibatkan berbagai macam masalah dan
menghasilkan arah hidup yang rendah. Selama manusia belum memutuskan
keinginan-keinginan, maka akan diliputi oleh keadaan batin yang yabg negatif
keinginan-keinginan yang tidak pernah berpuas hati, sehingga menimbulkan
penderitaan.
➪ Fikiran yang tidak
baik adalah fikiran yang diliputi akar ketamakan, kebencian dan kebodohan batin
serta fikiran yang senantiasa diliputi keinginan untuk membunuh, mencuri,
berpandangan salah dalam kesenangan indera, ucapan tidak benr, ucapan dengki,
gosip, irihati, niat jahat, dan pandangan salah.
➪ Fikiran jahat harus
dikawal supaya dapat menekan perbuatan buruk. Mengendalikan fikiran adalah
mengerahkan fikiran yang tertumpu pada kebenaran melalui usaha benar, penuh
pengertian dan mengekang serta menekan fikiran jahat. Usaha benar adalah
mencegah dan melepaskan diri dari fikiran buruk, seperti nafsu keinginan,
keengganan, kebodohan, jahat, kejam dan irihati.
➪ Fikiran yang tak
terkawal menjadi masalah manusia dan akan memperbudak manusia.
➪ Fikiran sangat
cepat berubah memikirkan sesuatu tetapi begitu cepat pula barganti memikirkan
sesuatu. Fikiran sangat sukar dikawal, bergerak sangat cepat menuju ke mana ia
mahu pergi, melatih fikiran adalah baik, fikiran yang terkandali akan membawa
kebahagiaan.
➪ Fikiran sangat
cepat berubah-ubah sehingga sangat sukar dikawal. Namun bagaimana sukarnya,
sebagai umat buddha selalu berusaha agar dapat mengendalikan fikiran.
➪ Mengendalikan
fikiran adalah penting, kerana fikiran diibaratkan sebagai majikan, sebagai
pemimpin. Setiap gerak dari jasmani, ucapan atau keadaan batin yang bermula adalah
merupakan manifestasi dari fikiran.
➪ Fikiran yang
diibaratkan sebagai pemimpin yang sudah dimasuki oleh fikiran jahat, maka
ucapan dan perbuatan jasmani sebagai anak buahnya juga akan bertindak jahat
seperti yang diperintahkan oleh fikiran. Hasilnya adalah penderitaan, tetapi
sebaliknya apabila piikiran baik seseorang berkata atau berbuat dengan jasmani,
maka kebahagiaanlah yang akan diraihnya.Mengendalikan fikiran sama halnya
dengan memberi perhatian kepada fikiran agar tidak dilekati oleh noda-noda yang
akan melekat, serta berusaha mengikis noda-noda yang telah terlanjur melekat
agar fikiran menjadi bersih.
0 comments:
Post a Comment