AGAMA KRISTIAN

Image result for gereja katolik


Dalam teks asli Yunani dalam Alkitab “fitnah” menggunakan kata “katalalew” yang biasa merujuk pada segala macam perkataan negatif untuk menentang orang lain misalnya “menentang pemimpin atau Allah”-(Bil 12:8;21:5,7) ”mengumpat“-(Mzm101:5), ”menghina”-(Ay19:3), ”mengatakan sebuah dusta”-(Hos 7:13)”, “mengatakan sesuatu yang biasanya dianggap kurang ajar”-‘(Mal 3:13) atau “memfitnah/menuduh”-(1Pet 2:12;3:16).

Fitnah diibaratkan sebagai penyakit hati disebabkan oleh menuruti hawa nafsu, menuruti pujukan syaitan, tidak percaya diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri berkat-berkat Allah yang ada pada diri sendiri. Penyebabnya bermacam ragam antara lain adalah egoisme tidak sefaham yang tidak mahu menerima orang lain sebagaimana adanya kepentingan peribadi dan politiik kebencian pembalasan oleh kerana dendam yang berpanjangan. Rasul Yakobus berkata: "Dari manakah datangnya sengketa dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu? (Yak4:1). Rasul Paulas dalam surat Galatia menggolongkan sebagai "Perbuatan Daging“ antara lain perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri (bdk Galatia 5:20). Ini semua adalah penyakit dari zaman Nabi Adam (berdasar peristiwa Kain dan Habel) yang patut berhati-hati.


Dalam Yak mempunyai erti yang khusus atau berbeza. Dapat dilihat dari ayat 11a “Memfitnah sauadaranya atau menghakiminya”. Jadi disini memfitnah diibaratkan sebagai  menghakimi. Dalam ayat 11b tindakan itu dianggap  sebagai “mencela hukum dan menghakiminya”. Kalau memang yang dimaksud adalah memfitnah biasa, bagaimana mungkin tindakan itu dianggap sebagai mencela hukum dan menghakiminya? Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah menncela orang (baik di depan mahupun di belakang orang itu) kerana ia tidak sesuai dengan  prinsip hidup kita atau pandangan kita padahal Kitab Suci tidak melarang tindakan orang itu. Kalau kita mencela seseorang kerana ia hidup tidak sesuai dengan kitab suci maka itu tentu tidak apa-apa.Tetapi kalau kita mencela orang kerana ia tidak hidup sesuai pandangan atau prinsip kita yang tidak ada dalam kitab suci maka itu adalah memfitnah yang dimaksudkan oleh Yakobus di sini.   

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment