AGAMA ISLAM
Di dalam Al-Quran dan hadis sendiri ada banyak makna tentang fitnah seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan termasuk juga menyebarkan berita palsu atau mengada-ngada cerita yang kemudian boleh memberikan kerugian terhadap orang lain juga dikenali sebagai memfitnah.
Fitnah merupakan suatu kebohongan yang sangat besar dan sangat merugikan dan
termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu, islam amat melarang umatnya
memfitnah kerana hukum fitnah adalah haram. Allah SWT berfirman yang ertinya
"Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujarat:12)
Seorang sahabat pernah bertanya kepada
Rasulullah “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah? Lalu Rasulullah menjawab,
“Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.” Kemudian
sahabat kembali berkata ”Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar, maka
itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar maka engkau telah melakukan
kebohongan besar.” (H.R.Muslim, Abu Daud dan At-Tarmidzi). Allah SWT berfirman
yang bermaksud,
"Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim dari orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam sudah tersedia tempat tinggal bagi orang-orang kafir?"
(Q.S.Az-Zumar:32)
"Mahukah aku beritakan kepadamu kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, iaitu yang mendengar sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakkan beritanya adalah dusta.”
(Q.S.Asy-Syuras:221-223)
"Fitnah itu besar
(dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
(Q.S.Al-Baqarah:217)
Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Hudzaifah RA,Rasulullah SAW bersabda yang ertinya; "Tidak akan
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. Fitnah terbahagi kepada dua iaitu yakni fitnah syubhat dan
fitnah syahwat. Fitnah Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam
fitnah syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga
menjadikan perkara maa’ruf menjadi samar dengan kemungkaran sementara
kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan).
Fitnah syubhat merupakan
fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah,
ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar
dan keji. Rasulullah SAW sangat mengkhautirkan fitnah syubhat, sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-aslamy, beliau bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu
dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah
kekafiran. (H.R.Ahmad)
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yg menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah kekafiran. (H.R.Ahmad)
Allah SWT berfirman yang ertinya “Katakanlah:”Apakah kamu beritahukan
kepadamu tentang orang-orang yang paling
merungkani perbuatannya?” iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya
dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat
sebaik-baiknya mereka itu orang–orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat
tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah
amalan-amalan mereka dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan)
mereka pada hari kiamat. (Q.S.Al-Kahfi 18:103-105).
Kemunafikan Allah SWT
berfirman yang ertinya "dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah
penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta dan
bila dikatakan kepada mereka ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi‘. Dan mereka menjawab
“Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan"
(Q.S.Al-Baqarah2;10-11)
Bid’ah merupakan penyebab perpecahan.
sebuah hadis dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA yang berbunyi,
”ketahuilah,sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda:
Ketahuilah sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah belah menjadi
73 agama. Dan sesungguhnya agama ini (islam) akan berpecah belah menjadi 73
agama. 72 di dalam neraka dan nanti di dalam syurga iaitu Al-Jama’ah.
Fitnah
Syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman
seseorang disebabkan oleh mengikut hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah
syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan
melakukan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu berserta andil
dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah. Umumnya fitnah syahwat adalah segala sesuatu
yang berhubungan dengan dunia, kesenangan dan yang membangkitkan hawa nafsu.
Allah SWT berfirman yang ertinya,
”Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada
syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang
berlimpah dari jenis emas, perak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia. Dan di sisi allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (Q.S.Al-Imran:14)
0 comments:
Post a Comment