KESIMPULAN
Kesimpulannya,
fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang
ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Luka yang
digoreskan atau ditusukkan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Kehancuran
akibat fitnah lebih dahsyat daripada serangan bom senjata peluru berpandu.
Fitnah boleh merosakkan hubungan silaturahim, memporak-perandakan sesebuah
keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan sesebuah agama dan
kaum.
Jadi,
fitnah adalah bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu
berpaksikan pada kedustaan, kedengkian sebagai alasannya dan kemunafikan sebagai
atapnya. Orang yang suka menfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan
mengikut kehendak hawa nafsu dan pujukan syaitan. Otaknya dikotori dengan
prasangka buruk. Hatinya juga beku, sukar untuk menerima kebenaran dan merasakan
dirinya sentiasa betul sehingga cemburu apabila orang lain mendapat
kejayaan. Kebahagiannya di atas penderitaan orang lain. Kehidupannya terlena
dengan tipu daya syaitan. Akidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan
dunia semata-mata. Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda,
"Bahawa fitnah dapat muncul dari kebodohan merajalela, ilmu telah tercabut, dan banyak pembunuhan serta kekacauan.”(HR Bukhari-Muslim)
Untuk
mecegah penyebaran fitnah atau menghindari fitnah, kita mesti memupuk
silaturahim antara manusia. Yang kedua ialah selalu berbuat baik kepada
sesiapapun, kerana kebaikan hati adalah benteng pertama agar kita dapat
terhindar dari fitnah. Yang ketiga, semampu
mungkin hindari dari persaingan yang tidak sihat kerana persaingan yang
tidak sihat banyak kesan negatifnya. Salah satunya adalah menyebarkan fitnah
sebagai satu alat untuk menjatuhkan
pesaing. Keempat, membina imej yang baik di mata masyarakat, dimana ia
merupakan benteng paling kukuh untuk mengelakkan diri difitnah atau menfitnah.
Oleh
itu, Kita harus berwaspada dan berhati-hati terhadap fitnah, juga terhadap
orang yang suka menfitnah. Kerana mereka tergolong dari orang yang munafik, kufur nikmat dan
berpotensi menjadi pengkhianat.
0 comments:
Post a Comment