Home
Archive for
2016
PENGENALAN
OBJEKTIF
1) Menjelaskan
pengertian tentang fitnah.
2) Menjelaskan
penyebab timbulnya fitnah.
3) Mengenal
pasti perbezaan pandangan setiap kaum terhadap fitnah
4) Mengetahui
kesan buruk berlakunya fitnah dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat
5) Memberi
cadangan bagi mengurangkan fitnah berleluasa di dalam masyarakat
Apakah itu FITNAH?
Fitnah dari segi
bahasa dan istilah:
➥ Fitnah dalam bahasa arab bermaksud
ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah
ujian. Manakala, Ibnu Manzur berkata Al-Azhari dan yang lain berkata “asal
makna fitnah adalah ujian dan dugaan.
➥ Fitnah dari segi istilah
adalah “perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan
sesuatu”.
Fitnah
merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan
untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh
pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat
penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai
reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari
bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau
"ujian".
Terdapat
banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada
sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik
antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden
seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar, radio,
televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu
pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau
keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti
berfitnah.
Dalam
agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan
yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata
apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.
Kesan Bagi Fitnah
1)
Fitnah
antara individu
- ✌ Menjatuhkan maruah individu,
menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu
yang bertelagah.
2)
Fitnah
antara keluarga
- ✌ Menyebabkan keluarga sukar
untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa
dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah,
pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan
anak dan lain-lain.
3)
Fitnah
antara masyarakat
- ✌ Masyarakat menjadi tidak
muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan
antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat
menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian,
rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak
peranda dan lain-lain.
Pengajaran dan Langkah Atasi Fitnah
i. Kita hendaklah memeriksa dan
kita mempelajari lagi jangan-jangan yang dituduhkan orang lain itu benar. Jika
ternyata kita salah, jangan malu dan takut untuk mengaku kesalahan dan
mengikuti kebenaran. Walaupun, cara orang yang menasihati kita kasar.
ii. Seterusnya, memperbaiki kata-kata
atau tindakan kita yang menjadi penyebab orang memfitnah kita. Misalnya,
bendahara masjid dituduh mencuri duit disebabkan tidak menghantar laporan
kewangan. Maka, laporan hendaklah dibuat dengan tepat dan jelas.
iii. Kita hendaklah merenung
kesalahan dan dosa-dosa kita. Baik yang berhubungan dengan muamalah antara
manusia, dosa-dosa antara kita dengan Allah. Tuduhan dan fitnah boleh
dijadikan teguran agar kita kembali dan
bertaubat kepada Allah.
iv. Jika kita sabar dan ikhlas,
semoga tuduhan dan fitnah ini dapat mengurangkan dan menghapuskan dosa,
menambah pahala, dan meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.
OBJEKTIF 1) Menjelaskan pengertian tentang fitnah. 2) Menjelaskan penyebab timbulnya fitnah. 3) Meng...
PUNCA & KESAN FITNAH
PUNCA BERLAKUNYA FITNAH
Mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih
agresif dan di luar batas kemanusiaan. Lazimnya perbuatan memfitnah berlaku
didorong oleh tamak, iri hati dan mementingkan diri. Ia juga boleh berlaku jika
seseorang lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi
kepentingan agama. Implikasi fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Jika
membunuh hanya membabitkan orang tertentu dan berakhir pada masa tertentu, namun
fitnah boleh boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan
perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta serta nyawa dalam jangka masa panjang
yang sukar disekat. Orang yang difitnah akan mempertahankan diri dan apabila
tahap kesabarannya.
KESAN BERLAKUNYA FITNAH
ð Kesan
fitnah dari sudut pandangan agama Islam
Perbincangan
kali ini masih berkisah tentang fitnah. Makalah kali ini akan membincangkan
secara ringkas berkenaan punca fitnah dalam agama. Sebab-sebab fitnah terlalu
banyak dan dari pelbagai skop. Di sini akan disebut beberapa sebab besar
dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sebahagian kita pada hari ini. Terlalu melampau dan cuai
Kita hendaklah sedar bahawa terlalu melampau dalam kenyataan dan tindakan (ghuluw) dalam agama antara punca terbesar yang membawa kepada fitnah. Seorang ulama berkata: “Hawa yang menguasai dalam agama lebih buruk daripada nafsu yang menguasai dalam syahwat.”
(Kitab Amar Ma‘rufi 27)
“Jauhi
dan berjaga-jagalah Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Jauhi dan
berjaga-jagalah kamu daripada melampaui dalam agama, sesungguhnya ia telah
memusnahkan mereka yang sebelum kamu kerana perbuatan mereka yang ghuluw dalam
urusan agama. (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Ibn
Taimiyah berkata lagi:” Kufur, fasiq dan maksiat punca perpecahan dan
permusuhan. Jika seorang lelaki atau sekumpulan manusia telah berbuat dosa,
manakala sekumpulan yang lain hanya diam dan tidak mencegah kemungkaran itu,
mereka akan turut berdosa.
Jika
ada sekumpulan lain yang mencegah benda yang dilarang, tetapi dengan cara yang
diarang, ia termasuk dalam dosa mereka juga, maka terjadilah perpecahan,
ikhtilaf, fitnah dan keburukan. Inilah sebesar-besar fitnah dan keburukan sama
ada sejak dahulu atau sekarang.” (Al-Hisbah fi Al-Islam, hlm. 88)
Daripada
penjelasan lalu, kita dapati terdapat tiga golongan manusia yang masih berada
dalam kemungkaran, hanya diam dan membiarkan mereka ini berada dalam
kemungkaran, dancmengingkari tetapi mereka mencegah dan mengingkarinya secara
keterlaluan, maka mereka akan melampaui batas dan akan berlakulah fitnah.
Sudah
pastinya ada golongan yang keempat iaitu yang berpegang dengan kitab Allah dan
Rasulnya s.a.w. dalam mencegah
kemungkaran. Sheikhal-Islamrhm berkata lagi:
“Sesiapa yang meneliti fitnah yang berlaku, dia akan mendapati sebab serta akan nampak perkara yang berlaku antara para pemimpin umat ini dan para ulamanya. Dan sesiapa yang mengikutinya secara umum dalam perkara fitnah, maka inilah puncanya.”
Yang
terbaik dan selamat adalah mengikut perkara yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
Terdapat banyak hadis yang merekodkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. sebagai
seorang nabi dan pendakwah yang sangat berlemah lembut dan tegas serta seimbang
antara kedua-duanya dalam menjalankan tugasnya. Wallahu a‘lam.
ð Kesan fitnah dari sudut pandangan agama Buddha
Secara
sejarah, akar Buddhisme terletak pada pemikiran religius dari India kuno selama
separuh kedua dari milenium pertama SEU. Pada masa tersebut merupakan
sebuah periode pergolakan sosial dan keagamaan, kerana ketidakpuasaan yang
signifikan terhadap pengorbanan dan ritual-ritual dari Brahmanisme Weda. Tentangan muncul dari berbagai
kelompok keagamaan asketis dan
filosofis baru yang memungkiri tradisi Brahamanis dan menolak otoritas Weda dan
para Brahmana.
Kelompok-kelompok ini, yang anggotanya dikenal sebagai sramana,
merupakan kelanjutan dari sebuah untaian pemikiraan India yang bersifat
non-Weda, yang terpisah dari Brahmanisme Indo-Arya. Para
ahli memiliki alasan untuk percaya bahwa ide-ide seperti samsara,
karma (dalam hal pengaruh moralitas terhadap kelahiran kembali), dan moksha,
berasal dari sramana, dan kemudian diadopsi oleh agama ortodoks Brahmin.
PUNCA BERLAKUNYA FITNAH Mula hilang menyebabkan ia bertindak lebih agresif dan di luar batas kemanusiaan. Lazimnya perbuatan memfitn...
AGAMA HINDU
Namun dasar-dasar kebajikan dan beberapa hukum dasar yang diyakini umat Hindu, sekalipun sebagai penganut keyakinan yang berbeza. Mereka melaksanakan hukum tersebut, dengan nama dan sebutan yang berbeda dengan sebutan aslinya, seperti Hukum Kodrat identik dengan Hukum Rta ajaran Hindu, Hukum Karma, dikaitkan dengan Hukum Karma, atau perbuatan yang baik akan menghasilkan pahala, sedangkan perbuatan yang jahat akan ke neraka, dan lain sebagainya.
Terkait
dengan masalah itu, tidaklah berlebihan apanila mulai difikirkan oleh para
cerdik cendekia, pemuka agama, akademisi, wakil rakyat di Dewan Perwakilan
Rakyat untuk adanya sebuah Pejabat Agama, Pejabat
Pengadilan Agama Hindu, sebagai cikal bakal penerapan Hukum Hindu, yang sangat
mungkin dibentuk secara otonom oleh DPRD Propinsi Bali, sebagai turunan dari
Undang-Undang Dasar, Undang Undang, mahupun ajaran agama Hindu, sehingga dalam
adanya pergaduhan antara umat beragama Hindu berkait dengan kegiatan keagamaan
dapat penyelesaian yang baik serta dapat diterima semua pihak.
Hukum
ini juga dapat dikembangkan dari Hukum Adat dengan penyesuaian disana-sini.
Hukum Hindu yang telah dengan baik diterapkan selama ini secara lokal adalah
Hukum Hindu pada masyarakat Hindu Toraja di Kabupaten Mamasa Sulawesi Selatan.
Yang sering disebutkan sebagai Hindu Alukta.
Umat
Hindu Alukta, memiliki hukum dresta sendiri yang disebut “pangngadaran”, iaitu
lembaga hukum yang berasaskan norma-norma Hindu Alukta. “Pangngadaran”
kemungkinan besar berasal dari kata “adak”, dimana adak bererti adat. Sebagai
hukum agama, maka jenis-jenis susunan, pelanggaran dan saksinya tentu dikeluarkan
menurut nilai-nilai agama Hindu Alukta. Selain bersifat sekala juga bersifat
niskala (Ferdinanus Nanduq).
Secara
sosio-religius, sistem Hukum ini dipimpin oleh seorang tomakaka, yang mengatur
strata masyarakat yang disebut
tanak: iaitu tanak bulawan, tanak bassi,
tanak karurung, dan tanak koa-koa. Keempatnya sebagai pendokong Hukum Hindu
Alukta. Strata ini dapat diidentikan dengan catur warna yang dikenal dalam
Hindu di Bali. Prinsip-prinsip yang dijunjung tinggi lembaga Hukum.
Sebagai sebuah
lembaga hukum, pangngadaran terdiri atas lima prinsip hukum, iaitu :
1) Perinsip
zas religius (Lima randanna aluk mangngolo lako dewata). Merupakan Norma-norma
yang berlaku bersumber dan bersandarkan pada aluk (ajaran Hindu Alukta).
Pelanggaran terhadap norma, dikenakan sangsi bersifat sosial-religius. Berupa
sangsi yang bersifat sosial, misalnya membayar denda, dengan di dalamnya juga ada upaya untuk
memelihara dan mengembalikan aluk pada kemurniannya. Terjadinya pelanggaran
kemudaian dinetralisir dengan persembahan yadnya.
2) Perinsip
Azas kemanusiaan (Tokabuk botting-bottingna nakendekanni pangngadaran). Orang
yang bersalah merasa tersiksa dan menderita
akibat kesalahan. Tetapi dia mempunyai komitmen dalam dirinya untuk:
mengakui kesalahan; berjanji untuk kembali ke jalan yang benar: dan diberi
pengampunan dan penghargaan atas hak-haknya sebagai warga adak.
3) Perinsip
Kaeadilan sejati . (Pangngadaran uppa’batu laulung) . Merupakan prinsip
keadilan sejati. Hukum tidak boleh terpengaruh oleh siapa dan apapun, kokoh
pada kebenaran. Uppa’batu Laulung artinya memakai batu yang sangat keras.
4) Perinsip
Kesamaan di muka Hukum ( Tolayang tandukna tolenggen palasanna napappai
pangngadaran). Merupakan prinsip kesamaan di hadapan hukum. Siapa yang memang
“bersalah” (tola yang tandukna tolenggen palasanna) menurut hukum harus dihukum
(napappai) oleh lembaga hukum itu sendiri (pangngadaran).
5) Perinsip
Pembinaan ( Totibambang tarakdena anna ukkita bubunganna adak, tuomi tang
mate). Merupakan perinsip pembinaan, dimana orang yang bersalah di muka hukum
dan kehilangan martabat bila ia menyadari dan menghormati hukum, maka dia patut
diberi perlindungan hukum , dikembalikan kemasyarakat untuk melanjutkan
kehidupannya. Menghormati hukum bebarti telah menjalankan hukuman yang dijatuhkan
lembaga hukum kepadanya.
Pangngadaran
merupakan norma-norma hukum yang mengatur setiap orang yang ada di dalamnya,
termasuk aparat hukum sendiri. Bahkan lebih luas dari pada masyarakat pada
umumnya.
Larangan bagi
Pemimpin Agama. Beberapa larangan bagi seorang pemimpin Hindu Alukta dalam
kehidupan sehari-harinya diantaranya :
(1) Berbuat Zina;
(2) Berjudi, sabung
ayam;
(3) Memikul sesuatu;
(4) Memanjat pokok;
(5) Dibawah pohon
berbuah dilarang menengok ke atas;
(6) Korupsi dan
memeras rakyat;
(7) Menangkap ikan di
sungai;
(8) Membawa wadah
kosong;
(9) Terlibat langsung
dalam pembagian daging;
(10) Menebang pokok setelah musim tanam padi;
(11) Menipu dan
berdusta;
(12) Mengubur mayat.
Larangan ini kelihatannya hamper sama dengan beberapa larangan untuk seorang
pendeta Hindu di Bali.
Larangan bagi
masyarakat umum. Beberapa larangan bagi masyarakat umum diantaranya adalah :
(1) Berjudi;
(2) Menipu dan
berdusta;
(3) Berzina;
(4) Menebang pohon,
merabas hutan setalah musim tanam padi;
(5) Menyabung ayam
setelah musim tanam padi;
(6) Memperbaiki rumah
setelah musim tanam padi.
Hukum Hindu Alukta
juga mengatur masalah tuduhan yang tidak terbukti/tidak benar/fitnah,
pertikaian baik non fizikal maupun fizikal, hingga pembunuhan, pencurian,
sengketa tanah atau warisan, termasuk perceraian. Yang jelas. Hukum Hindu
Alukta mengatur masalah norma- norma kehidupan masyarakatnya. Hal ini akan
dijelaskan selanjutnya dalam kaitannya dengan sangsi hukum.
Sangsi yang
diterapkan bagi pelanggar Hukum dapat digolongkan kedalam empat golongan, iaitu
:
- Sangsi Ringan. Mediasi kedua belah fihak yang berselisih, diibaratkan dapat dilakukan dengan pertemuan makan sirih bersama, yang bersalah mengakuai kesalahannya dan yang merasa dirugikan memafkannya.
- Sangsi Sedang. Sangsi kepada yang terbukti bersalah untuk melakukan acara dengan menyembelih ayam untuk dimakan bersama, dalam acara atau upacara perdamaian.
- Sangsi Berat. Bagi yang terbukti bersalah didenda dengan seekor babi untuk upacara perdamaian. Dalam upacara dilakukan pemujaan kepada roh leluhur dan Puang Matua, dalam manifestasi-Nya sebagai Sang Pencipta, dengan harapan agar pihak bersalah tidak mengulangi perbuatannya , dan perdamaian tetap langgeng di masyarakat.
- Sangsi Terberat. Bagi yang terbukti bersalah didenda seekor kerbau. Demikian juga dengan Hukum Adat yang berlaku sampai saat ini, di masing masing desa adat di Bali, dilaksanakan berdasarkan awig-awig yang mereka sepakati bersama. Isi hukum adat ini lebih banyak mengatur anggota masyarakat, dikaitkan dengan hak dan kewajibannya sebagai anggota masyarakat desa, yang dikenal dengan Desa Adat. Awig-awig ini juga tidak terlepas dari ajaran agama, sehingga terkadang kita sulit membedakannya dengan Hukum Agama. Secara sepesifik Hukum Adat ini berbeda antara desa yang satu dengan yang lainnya sehingga sulit untuk membahasnya secara umum.
“Wedam upa srnwatas trapu jatubhyam srotra prati purana udaharane jihwac chedo dharane sarira bheda asana sayana wak pathisu sama prepsur dandyah satam”(Gotama Smerti; 12)
Maksudnya :
"Bagi warna sudra
(para pekerja) yang ingin mempelajari Weda, supaya berhasil dengan baik yakni
dengan mendekatkan pendengarannya mulai dari awal pengertian-pengertian, bahasa
dan ucapannya dengan menutup pengaruh dari luar, badan duduk dengan tenang
(asana) ditempat belajar dan ucapan diulang-ulang terus menerus sampai akhir.”
Namun dasar-dasar kebajikan dan beberapa hukum dasar yang diyakini umat Hindu, sekalipun sebagai penganut keyakinan yang berbeza. Mereka...
AGAMA BUDDHA
Buddha
mengatakan: “Para bhikkhu terdapat lima kerugian dan bahaya dalam ucapan salah:
pembicaraan yang silat lidah, mengeluarkan kata dusta, fitnah, berbicara kasar,
dan omong kosong, setelah meninggal dunia akan dilahirkan kembali di alam
kehidupan yang” menyedihkan (A.III.254).
Konsep
Samphappalapa
Samphappalapa
merupakan dasa akusala kammapata, bercakap kosong termasuk perbuatan jahat yang
dilakukan oleh ucapan, termasuk dusta, pergunjingan, berbicara kasar, dan bercakap
kosong (Dhammananda, 2004:230).
Samphappalapa
iaitu meningggalkan ucapan yang berniat jahat, menahan diri dari ucapan yang
berniat jahat mendengar dan diceritakan di tempat lain dengan tujuan
menimbulkan perpecahan atau mendengar di tempat lain tidak diceritakan disini
untuk tujuan menimbulkan perpecahan. Dengan meninggalkan ucapan yang tidak
bermanfaat, menjadi manusia yang menceritakan yang masuk akal dan sesuai dengan
kenyataan, baik, Dhamma, vinaya, dan berbicara pada saat yang tepat,
pembicaraan yang pantas dicatat, beralasan, pasti, dan berkaitan dengan
kebajikan (M.I.8; D.I.64 ).
Individu
berbicara sebagaimana bertindak, “Janganlah berbicara bila tidak
mempraktekkannya, orang bijaksana akan dapat dilihat dengan jelas. Mereka
mempraktikkannya dengan apa yang diucapkannya” (S.I.35).
Bercakap
kosong iaitu membicarakan ucapan yang tidak pada masanya, tidak beralasan, dan
tidak bermanfaat yang tidak ada hubungannya dengan dhamma dan vinaya yaitu
pembicaraan yang tidak berharga untuk disimpan, tidak menguntungkan, tidak
dianjurkan, tidak terkendali dan mencelakakan (Pontoh, 2006:44).
Mendengar
sesuatu tidak akan menyampaikan di
tempat lain untuk menimbulkan perpecahan, atau setelah mendengar sesuatu di
tempat lain, tidak akan menyampaikannya
di sini untuk menimbulkan perpecahan. Kerukunan merupakan kesenangan,
kegembiraan dan kebahagiaannya. Kerukunan adalah tujuan pembicaraannya
didengar, menyenangkan, menarik hati, sopan santun dan damai kepada manusia.
Individu yang berbicara pada saat yang tepat, sesuai dengan kenyataan, tentang
kebajikan, tentang Dhamma dan Vinaya. Ia mengucapkan kata-kata yang bernilai
(M.I.345).
Individu
harus mengembangkan sikap diri terhadap semua yang diucapkan, sehingga akan
mampu membezakan cara panyampaian yang mengganggu individu lain dan yang
membuat gembira. Dengan mawas diri, individu akan mampu menentukan nilai semua
pemikiran, kata-kata, dan perbuatan. Fikiran yang terkendali bererti kata-kata
terkendali dan perbuatan terkendali, sehingga menjadi individu yang luhur dan
damai (Dhammananda, 1993:194).
Perkataan
salah atau perkataan tidak bermanfaat iaitu perkataan atau ucapan yang menyakitkan
serta menyebabkan perpecahan dan perselisihan. Menghindari pembicaraan yang
tidak bermanfaat ertinya segala pembicaraan diucapkan haruslah dipikir terlebih
dahulu dan tidak melakukan pembicaraan yang tidak berguna. Samphappalapa
veramni sikkhapadam sammadiyamiini mengajarkan agar individu dapat bersikap
dewasa dan penuh perhatian (Tim penyusun, 2003:97).
➪ Fikiran merupakan
dasar dari segala perbuatan manusia. Fikiran baik akan membentuk perbuatan
baik. Fikiran buruk membentuk emosi-emosi negatif seperti iri hati, kedengkian,
iri hati, kemarahan dan dendam. Penderitaan manusia merupakan akibat dari
perbuatan buruk yang dilakkukan melalui pikiran, ucapan, dan badan jasmani.
Kemarahan, kesombongan, kekeraskepalaan, penipuan, kedengkian, suka bercakap besar,
egoisme yang berlebihan, bergaul yang tidak bermoral, adalah bau busuk bukan
kerana makan daging.
➪ Fikiran merupakan
kekuatan yang membentuk perilkau manusia. Fikiran baik akan membuahkan
kebahagiaan, fikiran yang tidak baik akan membuahkan penderitaan. sifat
mementingkan diri sendiri merupakan hasil daripada kekuatan fikiran yang tidak
baik dan membawa penderitaan.
➪ Fikiran jahat dapat
diatasi dengan kuasa positif iaitu mengembangkan fikiran luhur. Cinta kasih dan
belas kasih merupakan penghapusan kebencian. Melalui pembangunan kasih sayang,
belas kasih dan niat baik membuat fikiran jahat dapat diatasi. Fikiran yang
diliputi cinta kasih, kasih sayang, simpati, dan keseimbangan batin akan
membuahkan kebahagiaan. Kekayaan sami-sami adalah fikiran yang penuh cinta
kasih (metta), kasih sayang (karuna), simpati (mudita), dan keseimbangan batin
(upekkha)
➪ Fikiran yang muncul
tanpa didasari pangertian benar mengekibatkan berbagai macam masalah dan
menghasilkan arah hidup yang rendah. Selama manusia belum memutuskan
keinginan-keinginan, maka akan diliputi oleh keadaan batin yang yabg negatif
keinginan-keinginan yang tidak pernah berpuas hati, sehingga menimbulkan
penderitaan.
➪ Fikiran yang tidak
baik adalah fikiran yang diliputi akar ketamakan, kebencian dan kebodohan batin
serta fikiran yang senantiasa diliputi keinginan untuk membunuh, mencuri,
berpandangan salah dalam kesenangan indera, ucapan tidak benr, ucapan dengki,
gosip, irihati, niat jahat, dan pandangan salah.
➪ Fikiran jahat harus
dikawal supaya dapat menekan perbuatan buruk. Mengendalikan fikiran adalah
mengerahkan fikiran yang tertumpu pada kebenaran melalui usaha benar, penuh
pengertian dan mengekang serta menekan fikiran jahat. Usaha benar adalah
mencegah dan melepaskan diri dari fikiran buruk, seperti nafsu keinginan,
keengganan, kebodohan, jahat, kejam dan irihati.
➪ Fikiran yang tak
terkawal menjadi masalah manusia dan akan memperbudak manusia.
➪ Fikiran sangat
cepat berubah memikirkan sesuatu tetapi begitu cepat pula barganti memikirkan
sesuatu. Fikiran sangat sukar dikawal, bergerak sangat cepat menuju ke mana ia
mahu pergi, melatih fikiran adalah baik, fikiran yang terkandali akan membawa
kebahagiaan.
➪ Fikiran sangat
cepat berubah-ubah sehingga sangat sukar dikawal. Namun bagaimana sukarnya,
sebagai umat buddha selalu berusaha agar dapat mengendalikan fikiran.
➪ Mengendalikan
fikiran adalah penting, kerana fikiran diibaratkan sebagai majikan, sebagai
pemimpin. Setiap gerak dari jasmani, ucapan atau keadaan batin yang bermula adalah
merupakan manifestasi dari fikiran.
➪ Fikiran yang
diibaratkan sebagai pemimpin yang sudah dimasuki oleh fikiran jahat, maka
ucapan dan perbuatan jasmani sebagai anak buahnya juga akan bertindak jahat
seperti yang diperintahkan oleh fikiran. Hasilnya adalah penderitaan, tetapi
sebaliknya apabila piikiran baik seseorang berkata atau berbuat dengan jasmani,
maka kebahagiaanlah yang akan diraihnya.Mengendalikan fikiran sama halnya
dengan memberi perhatian kepada fikiran agar tidak dilekati oleh noda-noda yang
akan melekat, serta berusaha mengikis noda-noda yang telah terlanjur melekat
agar fikiran menjadi bersih.
Fitnah merupakan Dasa akusala kammapatha yang akan menimbulkan akibat yang berat apabila sering dilakukan secara berulang-ulan...
AGAMA KRISTIAN
Dalam teks asli Yunani dalam Alkitab “fitnah” menggunakan kata “katalalew” yang biasa merujuk pada segala macam perkataan negatif untuk menentang orang lain misalnya “menentang pemimpin atau Allah”-(Bil 12:8;21:5,7) ”mengumpat“-(Mzm101:5), ”menghina”-(Ay19:3), ”mengatakan sebuah dusta”-(Hos 7:13)”, “mengatakan sesuatu yang biasanya dianggap kurang ajar”-‘(Mal 3:13) atau “memfitnah/menuduh”-(1Pet 2:12;3:16).
Fitnah
diibaratkan sebagai penyakit hati disebabkan oleh menuruti hawa nafsu, menuruti
pujukan syaitan, tidak percaya diri, iri hati dengan orang lain dan tidak
mensyukuri berkat-berkat Allah yang ada pada diri sendiri. Penyebabnya bermacam
ragam antara lain adalah egoisme tidak sefaham yang tidak mahu menerima orang
lain sebagaimana adanya kepentingan peribadi dan politiik kebencian pembalasan
oleh kerana dendam yang berpanjangan. Rasul Yakobus berkata: "Dari manakah
datangnya sengketa dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari
hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu? (Yak4:1). Rasul Paulas
dalam surat Galatia menggolongkan sebagai "Perbuatan Daging“ antara lain
perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri (bdk
Galatia 5:20). Ini semua adalah penyakit dari zaman Nabi Adam (berdasar
peristiwa Kain dan Habel) yang patut berhati-hati.
Dalam
Yak mempunyai erti yang khusus atau berbeza. Dapat dilihat dari ayat 11a “Memfitnah
sauadaranya atau menghakiminya”. Jadi disini memfitnah diibaratkan sebagai menghakimi. Dalam ayat 11b tindakan itu
dianggap sebagai “mencela hukum dan
menghakiminya”. Kalau memang yang dimaksud adalah memfitnah biasa, bagaimana
mungkin tindakan itu dianggap sebagai mencela hukum dan menghakiminya? Yang
dimaksud dengan memfitnah di sini adalah menncela orang (baik di depan mahupun
di belakang orang itu) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita atau pandangan kita
padahal Kitab Suci tidak melarang tindakan orang itu. Kalau kita mencela
seseorang kerana ia hidup tidak sesuai dengan kitab suci maka itu tentu tidak
apa-apa.Tetapi kalau kita mencela orang kerana ia tidak hidup sesuai pandangan
atau prinsip kita yang tidak ada dalam kitab suci maka itu adalah memfitnah
yang dimaksudkan oleh Yakobus di sini.
Dalam teks asli Yunani dalam Alkitab “fitnah” menggunakan kata “katalalew” yang biasa merujuk pada segala macam perkataan negatif untuk...
AGAMA ISLAM
Di dalam Al-Quran dan hadis sendiri ada banyak makna tentang fitnah seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan termasuk juga menyebarkan berita palsu atau mengada-ngada cerita yang kemudian boleh memberikan kerugian terhadap orang lain juga dikenali sebagai memfitnah.
Fitnah merupakan suatu kebohongan yang sangat besar dan sangat merugikan dan
termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu, islam amat melarang umatnya
memfitnah kerana hukum fitnah adalah haram. Allah SWT berfirman yang ertinya
"Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
(Al-Hujarat:12)
Seorang sahabat pernah bertanya kepada
Rasulullah “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah? Lalu Rasulullah menjawab,
“Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.” Kemudian
sahabat kembali berkata ”Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar, maka
itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar maka engkau telah melakukan
kebohongan besar.” (H.R.Muslim, Abu Daud dan At-Tarmidzi). Allah SWT berfirman
yang bermaksud,
"Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim dari orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam sudah tersedia tempat tinggal bagi orang-orang kafir?"
(Q.S.Az-Zumar:32)
"Mahukah aku beritakan kepadamu kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, iaitu yang mendengar sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakkan beritanya adalah dusta.”
(Q.S.Asy-Syuras:221-223)
"Fitnah itu besar
(dahsyat) dari melakukan pembunuhan.”
(Q.S.Al-Baqarah:217)
Dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Hudzaifah RA,Rasulullah SAW bersabda yang ertinya; "Tidak akan
masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. Fitnah terbahagi kepada dua iaitu yakni fitnah syubhat dan
fitnah syahwat. Fitnah Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam
fitnah syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga
menjadikan perkara maa’ruf menjadi samar dengan kemungkaran sementara
kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan).
Fitnah syubhat merupakan
fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah,
ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar
dan keji. Rasulullah SAW sangat mengkhautirkan fitnah syubhat, sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-aslamy, beliau bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu
dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah
kekafiran. (H.R.Ahmad)
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikut nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yg menyesatkan”. Yang termasuk dalam fitnah syubhat adalah kekafiran. (H.R.Ahmad)
Allah SWT berfirman yang ertinya “Katakanlah:”Apakah kamu beritahukan
kepadamu tentang orang-orang yang paling
merungkani perbuatannya?” iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya
dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat
sebaik-baiknya mereka itu orang–orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat
tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, maka hapuslah
amalan-amalan mereka dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan)
mereka pada hari kiamat. (Q.S.Al-Kahfi 18:103-105).
Kemunafikan Allah SWT
berfirman yang ertinya "dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah
penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta dan
bila dikatakan kepada mereka ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi‘. Dan mereka menjawab
“Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan"
(Q.S.Al-Baqarah2;10-11)
Bid’ah merupakan penyebab perpecahan.
sebuah hadis dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA yang berbunyi,
”ketahuilah,sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda:
Ketahuilah sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah belah menjadi
73 agama. Dan sesungguhnya agama ini (islam) akan berpecah belah menjadi 73
agama. 72 di dalam neraka dan nanti di dalam syurga iaitu Al-Jama’ah.
Fitnah
Syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman
seseorang disebabkan oleh mengikut hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah
syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan
melakukan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu berserta andil
dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah. Umumnya fitnah syahwat adalah segala sesuatu
yang berhubungan dengan dunia, kesenangan dan yang membangkitkan hawa nafsu.
Allah SWT berfirman yang ertinya,
”Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada
syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang
berlimpah dari jenis emas, perak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia. Dan di sisi allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (Q.S.Al-Imran:14)
Di dalam Al-Quran dan hadis sendiri ada banyak makna tentang fitnah seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan ya...
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang
ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Luka yang
digoreskan atau ditusukkan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Kehancuran
akibat fitnah lebih dahsyat daripada serangan bom senjata peluru berpandu.
Fitnah boleh merosakkan hubungan silaturahim, memporak-perandakan sesebuah
keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan sesebuah agama dan
kaum.
Jadi,
fitnah adalah bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu
berpaksikan pada kedustaan, kedengkian sebagai alasannya dan kemunafikan sebagai
atapnya. Orang yang suka menfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan
mengikut kehendak hawa nafsu dan pujukan syaitan. Otaknya dikotori dengan
prasangka buruk. Hatinya juga beku, sukar untuk menerima kebenaran dan merasakan
dirinya sentiasa betul sehingga cemburu apabila orang lain mendapat
kejayaan. Kebahagiannya di atas penderitaan orang lain. Kehidupannya terlena
dengan tipu daya syaitan. Akidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan
dunia semata-mata. Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda,
"Bahawa fitnah dapat muncul dari kebodohan merajalela, ilmu telah tercabut, dan banyak pembunuhan serta kekacauan.”(HR Bukhari-Muslim)
Untuk
mecegah penyebaran fitnah atau menghindari fitnah, kita mesti memupuk
silaturahim antara manusia. Yang kedua ialah selalu berbuat baik kepada
sesiapapun, kerana kebaikan hati adalah benteng pertama agar kita dapat
terhindar dari fitnah. Yang ketiga, semampu
mungkin hindari dari persaingan yang tidak sihat kerana persaingan yang
tidak sihat banyak kesan negatifnya. Salah satunya adalah menyebarkan fitnah
sebagai satu alat untuk menjatuhkan
pesaing. Keempat, membina imej yang baik di mata masyarakat, dimana ia
merupakan benteng paling kukuh untuk mengelakkan diri difitnah atau menfitnah.
Oleh
itu, Kita harus berwaspada dan berhati-hati terhadap fitnah, juga terhadap
orang yang suka menfitnah. Kerana mereka tergolong dari orang yang munafik, kufur nikmat dan
berpotensi menjadi pengkhianat.
Kesimpulannya, fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah p...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)